Tuesday, 27 October 2015

sape tak gune?

Aku cuba kawal perasaan.
Bila baca,
"Orang baca Al-Quran tapi tak faham, tak guna juga."
Perasaanku berkecamuk nyamuk membacanya.
Masa tadika, cikgu kata, baca Al-Quran dapat pahala.
Tak guna?
Masa sekolah rendah, baca Alif Lam Mim, Alim Lam Ra', tiada siapa faham maksudnya. Baca dengan yakin Allah berkuasa, dapat Syurga.
Tak guna?
Masa sekolah menengah, jumpa orang buta hafal Al-Quran tanpa memahaminya. Beliau kata tenang hati, cerah hatinya.
Tak guna?
Masa masuk universiti, ada orang buat kajian. Murid-murid galus atau lembam cepat menghafal Al-Quran berbanding alphabet. Walaupun tak faham.
Tak guna?
Masa duduk asrama, kawan yang tak faham Al-Quran tapi baca Ayat Kursy sebab tak nak diganggu syaitan katanya. Dia tak hafal pun terjemahan ayat tu.
Tak guna?
Al-Quran diwahyukan bermula dengan suruhan "Iqra'", bacalah. Nabi s.a.w. pun diajar baca dulu. Kemudian, barulah diberikan kefahaman dan penjelasan dari Allah.
Orang yang baca Al-Quran walaupun tak faham, tak boleh pun kata dia tak guna.
Sesungguhnya orang yang tak berguna adalah orang yang tak baca pun Al-Quran.
Meski dia tak faham, bila baca, dapat pahala. Baca, hati tenang. Baca, halau syaitan. Baca, jadi ubat. Baca, jadi pelindung diri. Baca, penguat diri. Baca, rindu menggebu pada Allah dan Rasul. Baca, ingat Allah. Baca, ingat akhirat. Baca, ingat Syurga. Baca, mahu reda.
Memahami Al-Quran tetapi tidak membacanya juga tidak tepat. Dah faham, malas baca Al-Quran, salah juga.
Akhirul kalam, bacalah Al-Quran. Bila dah rajin baca, belajarlah memahami. Bila dah memahami, belajarlah mengamali.
Baca status ni, tapi hari ni tak baca pun lagi Al-Quran, tak guna juga.
-penulis misteri

No comments:

Post a Comment

best?... mind to comment?