Friday, 26 June 2015

dubsmash

[ Fenomena Video Lelaki Buat Lawak Jadi Perempuan ]
Dukacita mutakhir ini, segelintir lelaki yang sudah hilang rasa Al-Haya' iaitu malu dalam dirinya, memuat naik video-video yang dirasakannya kelakar, dengan memakai tudung, baju kurung, berkemban dan sebagainya.
Perlulah kita semua ketahui, dalam agama Islam, hukumnya adalah HARAM dan berdosa besar. Perlu bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
Petikan dari laman web Mufti Negeri Sembilan:
Hadis-hadis larangan:
1.
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ.

Yang bermaksud, daripada Ibnu ‘Abbas, katanya, “Rasulullah saw mela‘nat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki.”
2.
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ وَقَالَ: أَخْرِجُوهُمْ مِنْ بُيُوتِكُم.
Yang bermaksud, daripada Ibnu ‘Abbas. katanya, “Nabi saw mela‘nat lelaki yang berperangai pondan dan perempuan yang berperangai lelaki. Baginda bersabda, usirlah mereka dari rumah kamu.”
3.

عن أبي هريرة رضي الله عته قال: لَعَنَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلَ يَلْبِسُ لِبْسَةَ المَرْأَةِ، وَالمَرْأَةَ تَلْبِسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ.
Yang bermaksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.
(Hadith Riwayat Abu Daud: 4098 muka surat 27 dalam Bab libas An-nisak Juzuk 4)"
Dalil-dalil telah jelas mengenai pengharamannya.
Jadi, saya sebagai lelaki menyeru kaum sejenis saya supaya berhentilah buat video di Instagram menjadi perempuan, buat video Dubsmash tiru watak perempuan dan sebagainya.
Buatlah lawak berisi ilmiah bak Mat Luthfi.
Bukan lawak murahan menjadi perempuan. Untuk apa popular di dunia, tetapi hakikatnya dilaknat Allah dan Rasulullah.
Mari menjadi lelaki sejati yang soleh.
.
-Muhammad Rusydi