Friday, 20 February 2015

all in facebook

Balik kerja, mari tengok facebook kita,
kalau ada gambar yang tak tutup aurat, hapuskan.
Kalau ada perempuan nak ganggu kita yang tak sepatutnya, hapuskan.
Kalau ada lelaki yang nak ganggu kita, hapuskan.
Jangan duduk main.
Jangan duduk layan.
Beli barang baru kat rumah, tunjuk kat facebook
Beli baju baru, tunjuk kat facebook.
Beli ikan sardin pun tunjuk kat facebook.
Apalah sangat hidup kita ni.
Malaikat tulis semua, kamu tak perlu tunjuk dalam facebook
Setiap apa kita buat, malaikat catat satu persatu.
Telah dirakam oleh malaikat.
Tunggu saja mati,
satu persatu akan ditayangkan semula.
Allahurabbi.

cantik ka? hmmm...

Ada adik facebook tanya saya,
"Kak, kenapa Allah ciptakan perempuan ni ada yang cantik dan ada yang kurang cantik?"
- Sebenarnya makhluk bernama perempuan yang Allah ciptakan semua cantik-cantik belaka. Mungkin perempuan A pada pandangan kita tak cantik, tapi pandangan orang lain perempuan A itulah paling cantik. Ia bergantung kepada mata yang melihat. smile emoticon
Adakah cantik itu akan membuatkan rumahtangga menjadi kekal bahagia? Tidak. Dalil, ramai yang cantik tapi kahwin akhirnya bercerai berai. Dan ada yang cantiknya sederhana, kekal bahagia sehingga akhir hayat. Semua perempuan comel dan cantik belaka. Yang jadi tak cantik, bila ada manusia yang suka bandingkan kecantikan perempuan ni dengan perempuan tu.
Wanita semuanya cantik.
Tapi yang paling cantik adalah wanita yang solehah.
Wanita yang cantik bukanlah yang suka menjadikan diri tatapan lelaki ajnabi.
Tapi wanita yang paling cantik adalah menurut pandangan mata suaminya.
Allah. kiki emoticon

Antara nikmat-nikmat yang kena 'tarik' dari dalam diri :


1. Malas nak baca al Quran.
2. Solat tak boleh menangis. Khusyuk apatah lagi.
3. Solat pun berlengah je. Selalu lambat.
4. tahajud pun dah krik krik je..
5. Solat subuh pun gajah je..

women vs men...chuuu¬

Seburuk-buruk wanita,
mereka tidak boleh dipukul,
dibentak dengan bahasa kasar,
atau dimarahi di tempat umum.
Jika dia salah, jelaskan bahawa dia salah tetapi bukan dengan cara memarahi dengan kasar.
Jika dia melakukan kesalahan yang berulang, ajari dia dengan cara menjauhi, bukan dengan pukulan.
Jika dia tidak mahu mendengar, peluklah dia hingga tenang lalu ajak berdikusi, bukan ajak berdebat.
Itu seharusnya para lelaki lakukan. smile emoticon

R.U.M.A.H.

R.u.m.a.h
Kawan tanya,
"Awak nanti nak rumah yang macam mana ye?"
Hmm, saya nak rumah yang penghuninya tidak ke mana, tidak meninggalkan. Dan jika ia pergi, ia pasti akan tetap kembali. Ya, saya nak rumah seperti itu. smile emoticon

umi, omma, okasan, mak, mamak

Perempuan Pagi.
Kusebut dia perempuan pagi. Lahir lebih cepat dari matahari terbit. Hidup sebelum kokokkan ayam bersahutan. Sebelum azan subuh berkumandang. Kau tahu? Dia adalah perempuan segala dunia dan isinya.
Dia mengangkat beban sebelum mata-mata manusia terbangun. Dia mengangkat doa setinggi-tingginya hingga bergetar singgasana Tuhan di langit sana.
Kusebut dia perempuan pagi. Perempuan yang menyiapkan segala kehidupan sebelum matahari bersinar terang. Melalui tangan dinginnya lahir berbagai macam kasih sayang. Mulai dari makanan yang nikmat dan usapan yang lembut pada wajah. Melalui mata tajamnya lahir berbagai macam cerita. Seandainya mata mampu berbicara, maka seluruh pembicaraan itu adalah sebuah kejujuran tentang cinta yang tak terbantahkan.
Kupanggil dia perempuan pagi. Perempuan yang mungkin sangat lelah tapi dia (katanya) bahagia. Wujud sebuah rasa yang terungkapkan dalam bersihnya rumah, sedapnya sarapan, lembutnya sentuhan. Sebuah cinta yang terungkap dalam doa-doa sunyi. Tidak kami tahu tapi boleh dirasakan betapa dahsyat doanya turut memudahkan langkah ini.
Ku namakan dia perempuan pagi.
Perempuan yang setiap hari kupanggil 'Umi'. :')

syukur ^^

Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik
Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai.
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia.
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia.
Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali.
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain
Itulah hakikat manusia!
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan.
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu.
Itulah Dia Tuhanku!
[Almarhum Shaykh al-Tantawi,rahimahullah]

kita sama