Tuesday, 30 September 2014

mualaf (:


Hadith :
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :” Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: ” Apabila
seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah
mengampunkannya. (al-Bukahri)
Huraian
Mualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu
disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam.
Kebanyakan daripada kita tidak memahami keperluan mualaf. Mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan
perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara,
kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan.
Justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini
agar mereka tidak kembali murtad. Contohnya menziarahi mereka supaya tidak terabai dan memantau
perkembangan mereka. Kebanyakan kes yang berlaku hari ini, orang memeluk Islam sekadar untuk
mencukupkan syarat membolehkannya berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam. Bukan dengan niat yang benar-benar ikhlas mahu mentauhidkan Allah
SWT. Bagi mualaf yang ikhlas ingin memeluk Islam pula, mereka akan melaksanakan ajaran Islam secara
bertahap. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ada antara golongan mualaf ini yang jauh lebih taat daripada mereka yang sejak lahir memeluk Islam.
Golongan inilah yang disebutkan di dalam hadis di atas.

kalau suka seseorang?


Kalau suka seseorang . Jauhkan diri dari dia .
Time tuu baru kau boleh beza kau suka dia
sebab nafsu atau sebab Allah . Kalau suka
ikut nafsu , kau tak boleh menjauh . Ada jaa
yang tak kena . Kalau kau suka sebab Allah ,
kau akan cuba kawal perasaan . Lagi cuba nak
jauhkan diri sebab takut zina hati . Tapi
always mention dia dalam doa dan tak
pernah missed sebab kau tahu hati dia Allah
pegang . Kau percaya Allah Maha Pengatur
segalanya ? Nahhh . Nampak tak beza ? Bila
orang tanya , sayang dia tak ? Kau jawab lah
sayang . Then mereka tanya lagi , kenapa
lepas kalau sayang ? Kau jawablah sebab
sayang . Mendalam kannn ? Siapa kita untuk
menafikan perasaan yang hadir ? Siapa kita
untuk menolak fitrah yang datang ? Rujuklah
kepada dia untuk mendapat solusi . Dia
PAKAR CINTA . Jika rindu , titipkanlah dalam
doa . In shaa Allah , dia akan turut
merasainya . Mohon Allah jaga . Mohon Allah
lindung . Moga baik2 dalam jagaanNya .
Lepaskan cinta yang tidak halal . Renungan
untuk kita bersama . Wallahua'lam

Ingat!! Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda

 Ingat!! Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda ]
1 Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
2 Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3 Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4 Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan
5 Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
6 Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
7 Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.
8 Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9 Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10 Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11 Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12 Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13 Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.
14 Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15 Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16 Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17 Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org.kepada kita.
18 Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
19 Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20 Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21 Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
22 Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23 Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
24 Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg.buruk itu dari hambanya juga.
Kongsikan kepada rakan-rakan anda dan juga ahli keluarga anda. agar kita semua dapat melakukan amar ma’ruf, nahi mungkar.. in shaa Allah.. Ingat!! Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda Ingatan buat diriku juga.. [ Sharing is Caring ]