Sunday, 25 May 2014

Ingat-mengingati...

Assalamualaikum sahabat yg dikasihi Allah sekalian, jom kita ketahui beberapa fakta berkenaan keperluan hidup kita seharian. Bagi memastikan kita dapat mencapai tujuan hidup beroleh keberkatan dan juga kesihatan di samping membantu kita meningkatkan ibadah am dan ibadah khusus.

Lapan jenis makanan yg paling baik mencegah penyakit : 
1) delima 
2) yogurt 
3) bawang putih
4) bawang besar
5) teh hijau
6) oat
7) labu
8) brokoli

Tiga perkara membawa penyakit :
1) Banyak bercakap.
2) Banyak tidur.
3) Banyak makan.

Empat perkara merosakkan badan :
1) Dukacita.
2) Sedih.
3) Kebulur.
4) Tidak tidur malam.

Empat perkara menambah seri wajah :
1) Taqwa.
2) Jujur.
3) Pemurah.
4) Jaga kehormatan.

Empat perkara menarik rezeki :
1) Banyakkan qiamulail
2) Banyak beristighfar.
3) Biasakan bersedekah
4) Berzikir waktu awal pagi dan petang.

Empat perkara yg menjauhkan rezeki :
1) Tidur waktu pagi.
2) Sedikit bersolat.
3) Malas.

Selamat beriftor sahabat semua. Semoga kita dapat berkongsi pekara ni pada saudara kita yang lain, dan semoga bermanfaat pada yang ingin mengamalkannya. Inshaa Allah.