Friday, 27 July 2012

lirik lagu nur kasih

Bagaikan permata di celahan kaca
Kedipnya sukar untuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur Kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti... dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan ketepaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram Nur Kasih

Ya Allah...
Kurniakanlah kami
Isteri dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syuga menanti... dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya...

cara nak topup free :D

CARA NAK TOPUP FREE DARI SEMUA TALIAN:

Aku dapat daripada member yg keje kat kedai hphone kat area2 sekitar tawau. Duduk berborak dengan dia aku pun korek lah rahsia pasal handphone ni . Last-last cair jugak dia hihihi. Dia pun bagi tau lah aku cara-cara nak mereload repaid ni secara percuma . ukey , sila baca keterangan dibawah ni untuk kegunaan sendiri ...

Untuk semua talian 012,013,016,017 dan 019 ,anda semua selepas ini tak payahlah pergi ke kedai handphone lagi untuk mereload prepaid anda . disini ada cara untuk mereload handphone dengan cara yang agak illegal. tapi cara mereload handphone ini hanya boleh digunakan pada 20 hingga 30 haribulan pada setiap bulan .

Ini kerana setiap talian ini di upgrade pada masa-masa ini . kay , kepada pengguna talian 012 , 013 ,016 , 017 , 019 , dail 1415007 dan tunggu dalam 5 saat dan anda akan dengar seperti bunyi bising , tunggu sehingga bunyi itu hilang dan dail 9151 tunggu 3 saat dan tekan nombor telefon anda . Anda akan dengar dia cakap "please insert you pin number" masukkan 011785 45227 00734 tunggu selepas dia kata nombor pin selesai , lepas tu dial 0405 untuk kl dan s'gor , 0406 utk kawasan lain semenanjung dan 0409 utk sabah s'wak .

Anda akan mendengar "for airtime top-up press 1723" selepas dail nombor kemudian tekan nombor telefon anda sekali lagi . Tunggu selepas bunyi bising selesai , dial 4455147 diikuti 146 selepas 5 saat ... ukey , selepas beberapa saat , anda akan mendengar "your pin number is accept" anda terus dail 1007 dan anda akan dengar "your key number is accept" terus dail 4566 dan anda akan dengar "your password is accept" .

Lepas itu terus dail nombor talipon anda dan anda akan dengar "pale hotak kau berjambul 66 , kat dalam dunia ni mana ada benda yang free , zaman skang nih masuk toilet pun kena bayar 20 sen tau ... dahlah pulak minyak dah naik 30 sen .... banyaklah kau punya FREE!!"

Dan anda terus matikan handphone anda dan akan kata "jahanam punya orang hantar e-mail ini!" tapi lepas itu kamu akan forward kepada rakan-rakan untuk menipu mereka pula .... Sudah lah pi balik buat kerja masing-masing .. aku pun t'kena :D
Sekian,terima kasih..

Friday, 20 July 2012

TIPS KEJUTKAN ORG BANGUN SAHUR yg agak MENCABAR hihi
khas utk org yg liat bangun sahur...

1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil nama dia perlahan2
2. Sentuh bahu orang yang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia...
3. Renjis air kat muka dia...
4. Tampar tampar manja pipi dia..
5. Tutup kipas/air cond

Tapi kalau still tak ada effect,

1. Jerit nama dia sekuat hati...
2. Gigit ibu jari kaki dia, macam hantu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam dan stokin busuk korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat - kuat dan jerit 'tsunami!' tsunami!

Tapi kalau still tak ada effect gak,

1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak - banyak kali...
2. Pergi dekat dengan dia dan baca je surah Yaasin!

Tapi kalau still tak ada effect gak...Ni je la cara terakhir

1. Panggil je orang masjid atau surau untuk uruskan...kerana Tuhan lebih menyayanginya...Innalillahi wa inna ilaihi roji un...